Semak dan tuntut wang tak dituntut seperti akaun bank tidak aktif, dividen dan polisi.
Langkah demi langkah
Langkah 1 daripada 2
1
Daftar akaun pengguna di portal eGUMIS.
Dikemas kini Okt 2026
Langkah seterusnya perlu MyKad sebenar, jadi kami tidak tunjukkan tangkapan skrin.
Cara mohon
1
Daftar akaun pengguna di portal eGUMIS.
2
Klik 'KLIK DI SINI UNTUK CARIAN WANG TAK DITUNTUT' dan semak dengan nombor kad pengenalan.
3
Pilih rekod WTD dan klik 'Teruskan Dengan Permohonan'; tambah penerima dan maklumat bank.
4
Muat naik dokumen MANDATORI: Borang UMA-7, salinan IC (depan & belakang), muka depan buku bank/penyata aktif atas nama anda (bukan Tabung Haji/pelaburan/pinjaman/e-wallet).
5
Setuju terma dan klik Hantar. Jika ada dokumen ASAL diperlukan, hantar melalui kaunter/pos berdaftar dalam 7 hari bekerja.
6
Semak status di portal. Bayaran dalam 30 hari bekerja selepas notifikasi pengesahan. Tiada caj dan JANM tidak melantik ejen.