RM1,000 sekali kepada Ketua Isi Rumah yang rumahnya terjejas banjir atau bencana yang diisytiharkan. Wajib daftar di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) melalui aplikasi MyIBJKM.
Cara mohon
1
Sekarang (sebelum banjir): muat turun aplikasi MyIBJKM, daftar dengan MyKad, dan lengkapkan maklumat isi rumah dan akaun bank.
2
Bila diarah berpindah, pergi ke PPS dan imbas kod QR PPS dalam MyIBJKM. Anda layak walaupun hanya mendaftar dan tidak bermalam di PPS. Daftar sebelum PPS ditutup.
3
RM1,000 dibayar terus ke akaun bank KIR. Sekali sahaja setiap musim Monsun Timur Laut (Nov-Mac), atau sekali setiap 3 bulan di luar musim itu. Banjir kilat tidak layak.
4
Semak status bayaran dengan nombor MyKad di portal semakan BWI NADMA.