Bekerja sendiri dalam sektor bukan mandatori (contohnya jual online, IT, pertanian, makanan, pembinaan atau perkhidmatan isi rumah) dan belum pernah mencarum LINDUNG Kendiri? Bayar RM70 sahaja untuk perlindungan PERKESO setahun. Kerajaan bayar baki RM162.80.
Cara mohon
1
Semak sektor anda. Layak (sektor bukan mandatori): pertanian, ternakan, perhutanan, perikanan, makanan, pembuatan, pembinaan, premis penginapan, perniagaan online, IT, pemprosesan data, ejen, perkhidmatan profesional, perkhidmatan sokongan, kesenian, perkhidmatan isi rumah dan penjagaan kesihatan. Pemandu e-hailing, rider penghantaran dan penjaja TIDAK layak untuk RM70 ini.
2
Sediakan salinan MyKad, surat pengesahan pekerjaan daripada agensi berkaitan (ikut sektor) dan apa-apa bukti kerja sendiri anda, contohnya tangkapan skrin kedai online.
3
Daftar dan bayar RM70 melalui laman web PERKESO (Portal Prihatin), aplikasi Prihatin PERKESO, kaunter PERKESO atau ejen SKSPS yang dilantik. Perlindungan 12 bulan bermula selepas bayaran diterima.
4
Untuk pembaharuan, Padanan50 pula: anda bayar RM116.40 dan kerajaan bayar RM116.40. Seorang hanya layak untuk satu inisiatif Belanjawan 2026.